Kata Kata Hikmah

Dicatat oleh niza22

Guru yang biasa memberitahu,guru yang baik memberikan penjelasan,guru yang bagus memberi tunjuk ajar dan guru yang terbaik memberikan inspirasi.

Seseorang yang mampu memaksa dirinya mara lagi kehadapan pada ketika usahanya amat perit,orang itulah yang akan menang.

Apa yang kita fikir,apa yang kita tahu atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting kerana apa yang lebih penting apa yang kita Lakukan

Orang yang mendapat pengajaran daripada beberapa percubaan ialah orang yang berakal.

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai satu bangsa, tidak akan dapat berdiri sebagai satu bangsa yang merdeka.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,dalam kesempitan hidup ada kekayaan ilmu,sekiranya kamu inginkan Dunia dan Akhirat,hendaklah kamu Berilmu.

0 ulasan:

Catat Ulasan