Salam Perkenalan Dihulurkan Pada Semua....

Dicatat oleh niza22

Bersyukur pada Allah hari ini kita masih diberi peluang bernafas menikmati anugerahnya.Di ruang ini sama samalah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita,moga hidup kita sentiasa di berkati Allah Taala.Alhamdulilah hari ini kita mulakan hari dengan penuh tekad memperbaiki kekurangan diri.Mungkin kita tak sehebat mana tapi kita terus mencuba dari terus membiarkannya.Seperti layang layang,tidak akan naik dengan mengikut angin,tetapi layang layang hanya akan naik dengan melawan arus angin.

Begitulah dengan hidup manusia kan.Sesiapa membiarkan dirinya terpengaruh dengan cabaran dan masalah,ia akan jatuh seperti layang layang yang mengikut arus angin.Untuk berjaya,anda mesti melawan cabaran dan masalah itu seperti layang layang yang melawan arus angin.

Hidup ini adalah perjuangan.Dan hidup ini ibarat roda.Oleh sebab itu kita mesti berani menghadapi apa saja untuk melakar kejayaan dalam hidup ini.Setiap kehidupan ada pasang surutnya,segala kegagalan jadikan pengalaman untuk membina keteguhan diri menjalani jalan jalan di hadapan.Kerana hidup ini ada turun naiknya,hanya orang berani saja yang dapat menghadapi cabaran yang muncul.

Kita berani menghadapi gelombang kehidupan,kita terus maju kehadapan dan sebaliknya.Oleh itu jadikanlah kita orang yang berani menghadapi segala cabaran yang mendatang,sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.InsyaAllah kita punya sikap berani berjuang untuk membina kehidupan yang berjaya dalam apa jua kita lakukan.Segala kekurangan diri kita jadikan azimat dalam memperbaiki dan meningkatkan nilai hidup kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan