Sekadar Satu Renungan

Dicatat oleh niza22

Ini adalah mengenai nilai kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang di hulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :-
- Tolong pergi kedai = RM 4.00
- Tolong jaga adik = RM 4.00
- Tolong buang sampah = RM 1.00
- Tolong kemas bilik = RM 2.00
- Tolong siram bunga = RM 3.00
- Tolong sapu sampah = RM 3.00
Jumlah = RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya.Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

- Kos mengandungkanmu selama 9 bulan = PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
- Kos air mata yang menitis keranamu = PERCUMA
- Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
- Kos menyediakan makan minum , pakaian dan keperluanmu = PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku = PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang di tuliskan oleh si ibu.Si anak menatap wajah ibu , memeluknya dan berkata , “ SAYA SAYANG IBU ”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “ TELAH DI BAYAR MALAH BERHUTANG ” pada muka surat yang di tulisnya.

Di riwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah S.A.W. dia bertanya , “ wahai Rasulullah , siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku ? Rasulullah menjawab “ IBUMU ” ( dan di ulang sebanyak 3 x ).Kemudian ayahmu , kemudian saudara – saudara terdekatmu ”.


INILAH NILAI KASIH SEORANG BERNAMA IBU.



FIKIRKANLAH....

RAJIN BEKERJA , RAJIN BERCAKAP
BAGUS

RAJIN BEKERJA , MALAS BERCAKAP
KENA BULI

MALAS BEKERJA , MALAS BERCAKAP
WAYANG CINA

MALAS BEKERJA , MALAS BERCAKAP
TAK GUNA

MALAS BEKERJA , SUKA MENGADU
LALAT HIJAU

MALAS BEKERJA , SELALU PONTENG
LEBIH BAIK BERHENTI

MALAS BEKERJA , SUKA TERMENUNG
LEBIH BAIK MATI

RAJIN BEKERJA , RAJIN MENGADU
KAKI BODEK

DI MANAKAH ANDA ???

KATA-KATA PUJANGGA PROF.DI RAJA
UNGKU AZIZ

0 ulasan:

Catat Ulasan