SYUKUR YA ALLAH !!!

Dicatat oleh niza22

Selama ini aku hidup tanpa sedar
Bagai pelakon di pentas
Kerana hidup adalah sangat biasa
Sehingga aku mendengar seruan itu
Lalu mencari
Yang ada padaku hanyalah fikiran

Aku membaca , membaca dan berputus asa
Aku mencari Mu diluar bumi
Seolah olah bumi ini bukan Kau yang menciptakannya
Sehingga lah Kau mengajarkan aku erti ketiadaan
Ketiadaan aku , bumi , matahari , bulan dan bintang
Sesuatu yang tak dapat difikirkan
Tetapi aku dapat memikirkannya - seketika dan aku kehairanan

Aku merasa diriku insan kerdil
Sehinggalah Kau membuka mataku sehingga aku melihat
Dunia diciptakan untuk kami
Dengan itu memang kami akan dihidupkan kembali
Kerana kami bukan sebarangan makhluk

Aku melihat kejahatan dan bencikan syaitan
Aku melihat dia berkuasa
Hingga aku dan mereka seolah olah menggangap dia tuhan yang lain
Lalu Kau mengajar aku
Kau lah yang menciptakan syaitan
Satu saja cara memusnahkannya
Musnahkan kemahuan ku
Namun jika aku musnahkan kemahuanku
Aku tidak berguna untuk diriku , untuk manusia

Aku juga mula memisahkan jiwa dan badan
Terima kasih Tuhan
Kerana meminjamkan tanah , air dan angin dan cahaya
Itu mencamporkannya untuk menutupi roh ku
Sehingga aku dapat hidup didunia
Aku melihat betapa lemah dan sementaranya darah , tulang dan daging ini
Dan walaupun ianya sementaranya betapa bermaana nya hidup ini
Kerana aku tak perlu dihidupkan pada awalnya

Hanya sebaris ayat ' berpasangan '
Lalu aku melihatnya dengan jelas ya memang berpasangan
Dalam semua perkara

Kenapakah aku ini sentiasa tak puas hati dan mencari
Masa , demi masa
Oh benarlah Tuhan
Masa tidak berkesudahan
Kerana ia berkait dengan benda
Selagi ada benda adalah masa
Sesungguhnya ini berita gembira untuk orang yang beriman


Aku sedih kerana tidak memiliki
Lalu Kau mengajarkan erti nikmat - kehendak , naluri ,perlu dan ingin
Aku tidak merasa sedih atau kehilangan
Kerana kehendakku mungkin kehendak Mu jua

Aku ingin menjadi pelakon Tuhan
Tetapi demi kebahagianku Kau lepaskanKu
Lalu jadilah aku disetiap ketika pelakon kapada diriku
Atau syaitan atau Tuhan

Kebebasan ini membahagiakan , membebankan
Demikianlah wahai
Janganlah menghina atau menyangka aku kerugian didunia ini
Kau tak tahu bagaimana aku melihat dirimu
Kerana daripada satu lebih baik dua
Daripada sedikit lebih baiklah banyak **

Aku telah temui kebahagiaan yang asasi
Keujudan Aku sendiri
Dan aku tak perlu memikirkan nikmat diakhirat
Tuhan akan mengajarku sebagaimana Dia telah mengajarku didunia
Izinkan aku hidup lama di bumiMu
Aku bersyukur



** Tuhan telah mengambil keputusan untuk meramaikan manusia dan bukannya sedikit. Setelah menciptakan ramai manusia dia memberi rezeki kapada manusia mengikut hukum alam . Kemudian Dia berhak memberi rezeki yang lebih kapada sesiapa yang dikehendakinya . Kemudian Dia tentulah akan membalas kebaikan manusia yang baik kerana manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang jahat

0 ulasan:

Catat Ulasan