Pesanan DarI Allah s.w.t

Dicatat oleh niza22

Pesanan dari Allah

Amaran Pemilik Setiap Jiwa..... ­ ­


Firman Allah "Adakah kamu kira, bahawa kami menjadikan kamu dengan percuma (main main saja) dan kamu tiada di kembalikan kepada Kami? An Nur 115


Kita akan bertanggungjawab atas segala perbuatan zahir dan batin terhadap sesama manusia dan Pencipta kita, Jadi JGN lah kita bertindak sesuka hati seolah kita akan hidup selama lamanya kerana kita akan mati dan kembali semula kepada Pemilik diri kita ini.

Allah tidak jadikan kita bernafas ini secara percuma saja atau tampa tujuan yg khusus atau 'suka suka hidup dan kemudian mati habis tutup buku!!'

Seperti Firman Allah ini" Mengapa kamu menyangkal Allah, sedang kamu dahulu mati (belum ada) kemudian kamu di hidupkanNya, sudah itu di matikanNya, kemudian akan di hidupkanNya, akhirnya kamu kembali kepadaNya"Al Baqarah 28



Kita telah di beri tanggungjawab iaitu menyembahNya mengasihi kekasihNya iaitu Nabi Muhamad dan ahlulbaitnya (keluarga beliau) walaupun pada masa yg sama kita di uji oleh Allah dan cuba di sesatkan oleh syaitan (Iblis) yg ingin melalaikan tugas kita itu tadi.

Iblis menjadi musuh kita setelah berlaku peristiwa dalam surah Al baqarah 34

"(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat; Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan, dan takbur, dan ia termasuk orang2 yg kafir"

Allah menguji kita dalam setiap kesulitan dan keadaan agar kita menjadi orang yg sabar;

Firman Allah"Tiap2 diri ( yg berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dgn kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu di kembalikan"Al Anbiyaak 35

"Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dgn suatu (ujian), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah kabar gembira orang2 yg sabar (atas ujian itu) Al Baqarah 155

Oleh itu dekatkan diri kita dengan Allah dan RasulNya walaupun ketika kita di dalam kesusahan dari ujian yg di datangkan kpd kita. Pohonkanlah doa kepada Allah agar di tunjukan jalan yg lurus dan jalan yg mereka yg telah di beri nikmat dengan penuh kesabaran.

"Tunjukil­ah (hati) kami ke jalan yg lurus. iaitu jalan orang2 yg telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang2 yg di murkai dan bukan pula orang2 yg sesat" Al Fatihah 6&7

Firman Allah " Minta tolonglah kamu (kepada Allah) dgn kesabaran dan (mengerjakan) solat; dan sesungguhnya solat itu amat berat, kecuali bagi org2 yg tunduk (kepada Allah)" Al Baqarah 45

"(Iaitu) orang2 yg yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhanya dan mereka akan kembali kepadaNya" Al baqarah 46

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Dicatat oleh niza22

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang
Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan
daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa
atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang
lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda:
“ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Riwayat at-Tirmizi
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati
kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang
yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon),
janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya
hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah
akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan
memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa
serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa
hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara
yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak
akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon
keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Dicatat oleh niza22

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai
oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah
seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi
dadanya dengan keimanan.”

Riwayat Ibn Abi Dunya

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah
antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan
keimanan.

ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal
emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua
mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan
bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya
daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan
dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang
itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).

iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam.
Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan
lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang.
Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara
yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama
atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri
jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

TAWADUK

Dicatat oleh niza22

1- Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu,
tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan
dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab
ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.

2- Orang yang berusaha agar dirinya selalu dicintai orang
lain, atau mengharap dirinya adalah orang yang baik pada
mata umum. Sebenarnya ia tertipu dengan perasaannya.
Yang penting hanya keredhaan ALLAH yang wajid diusahakan.

Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong
dan mementingkan diri sendiri. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang
rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.”
(Surah Luqman, ayat 18)

Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam
menghiasi diri dengan sifat tawaduk.
Sabda Baginda SAW :

yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya
kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup
menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri
(sombong) kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)

Apakah dengan kematian, terputus segala amalan...

Dicatat oleh niza22

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga".
Daripada kedua hadis tersebut kita mengambil kesimpulan bahawa meskipun, dengan datangnya kematian kepada kita, kesempatan untuk beramal telah terputus atau terhenti, tetapi peluang untuk memperoleh pahala amalan tertentu tetap terbuka bagi kita.
Di dalam kedua hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bidang-bidang pelaburan yang pasti akan menguntungkan kerana pahalanya akan berterusan mengalir selepas kematian kita, iaitu:

Pertama: sadaqh jariyah, iaitu sedekah yang pahalanya terus mengalir selama faedah atau manfaat yang disedekahkan itu terus berjalan, seperti menderma atau mewakafkan tanah untuk masjid, surau, madrasah atau lain-lain yang berguna bagi agama dan umat Islam.

Kedua: menuntut dan mengembangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi agama dan umat, menghidupkan majlis-majlis ilmu atau pengajian-pengajian , dan lain-lain usaha yang membantu ke arah perkembangan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh agama.

Ketiga: memperhatikan pendidikan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh, yang sentiasa berdo'a untuk kedua ibu-bapanya.

Keempat: setiap amalan yang mendatangkan kebaikan, yang selari atau tidak bercanggah dengan syariat, yang kita mulakan melakukannya semasa hidup kita, kemudian diikuti oleh orang ramai sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka, maka kita akan mendapat pahala melakukannya dan juga sebanyak pahala orang yang mengikutinya.

yang hidup untuk yang mati
Mengenai amalan orang yang hidup, seperti bacaan Al-Qur'an, do'a, sedekah dan lain-lain, untuk orang yang sudah mati, terdapat perbezaan pandangan: Imam Nawawi, di dalam kitabnya Al-Adzkaar, menyatakan bahawa para ulama telah bersepakat bahawa do'a untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka, dan pahalanya sampai kepada mereka bersandarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Hasyr:
"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdo'a dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dan dosa saudara-saudara kami yang mendahulu kami dalam iman,...".

Dan juga bersandar kepada hadis-hadis yang masyhur, seperti: do'a Rasulullah s.a.w.:
"Ya Allah, ampunilah bagi ahli yang hidup dan juga yang mati daripada kami", dan lain-lain.
Mengenai bacaan Al-Qur'an, terdapat perbezaan pandangan:
Yang masyhur daripada mazhab Syafi'ie bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Tetapi, sekumpulan sahabat Imam Syafi'e sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya, yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat dan sampai pahalanya kepada si mati.
Imam Nawawi r.a. telah menukil riwayat Abi Dawud dan Baihaqi daripada Uthman Bin Affan r.a. bahawa beliau berkata:
"Nabi s.a.w., apabila selesai daripada mengebumikan mayat, berdiri di atasnya, kemudian bersabda: Mohonlah keampunan bagi saudaramu, dan mintakan baginya ketabahan, kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal".

Imam Syafi'ie r.a. dan sahabat-sahabatnya menyatakan bahawa disunatkan membaca sebahagian daripada Al-Qur'an, dan jika mereka mengkhatamkan seluruhnya adalah lebih baik lagi.
Imam Nawawi juga telah menukil riwayat Baihaqi bahawa menurut Ibnu Umar r.a. disunatkan membaca awal dan penghabisan daripada surah Al-Baqarah, selepas pengembumian di atas kubur.
Segolongan kaum muslimin berpendapat bahawa orang mati tidak akan mendapat sebarang faedah daripada amalan orang yang hidup. Mereka berhujjah dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Najm: 39:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya".


Dan mereka juga berhujah dengan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila manusia mati, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah(untuk masjid, surau, madrasah dan lain-lain keperluan kaum muslimin), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Hasan Al-Saqqaf telah menukil jawaban Imam Abdullah Ibnu al-Siddiq al-Ghamawi di dalam risalahnya, Tawdih al-Bayan Li Wusul Thawab al-Qur'an, yang di antara kandungannya:
"Ayat tersebut (Al-Najm:39) tidak menafikan bolehnya seseorang mengambil manfaat daripada usaha orang lain. Yang dinafikan olehnya adalah pemilikan manfaat tersebut bagi selain yang mengusahakannya. Di antara kedua perkara tersebut terdapat perbezaan yang nyata.

Allah SWT mengkhabarkan bahawa manusia tidak memiliki selain yang diusahakannya. Adapun yang diusahakan oleh orang lain, maka ia adalah milik yang mengusahakannya: jika ia ingin ia boleh memberikannya kepada orang lain, dan jika ia ingin ia boleh mengekalkannya bagi dirinya sendiri. Allah SWT tidak memfirmankan bahawa ia tidak akan mengambil manfaat melainkan dengan apa yang ia usahakan.

Imam Qurtubi berkata: Dikatakan sesungguhnya Allah berfirman; laam al-khafd dalam bahasa Arab bererti memiliki dan mewajibkan, maka makna ayat: Tidak wajib bagi manusia selain yang ia usahakan. Jika orang lain bersedekah kepadanya, maka tidak wajib baginya sesuatu, tetapi Allah Azza Wa Jalla bermurah hati ke atasnya dengan memberikan apa yang tidak wajib baginya, sebagaimana Allah bermurah hati dengan memasukkan kanak-kanak ke dalam Syurga tanpa amal.
Syaikh Abul Abbas, Ahmad Bin Taimiyah berkata: Barangsiapa yang mengiktiqadkan bahawa manusia tidak akan mengambil faedah selain daripada apa yang ia lakukan, maka ia telah menyalahi ijma'. Yang demikian adalah batil dari beberapa segi:

Pertama: Manusia mengambil faedah daripada do'a orang lain, yang bererti mengambil manfaat daripada amalan orang lain. 
Kedua: Nabi s.a.w. memberi syafaat kepada ahl al-mawqif (semua manusia yang menunggu penghisaban di Mahsyar) untuk menyegerakan penghisaban, kemudian kepada ahli Syurga untuk memasukkan mereka ke dalam Syurga, kemudian bagi ahl al-kabair (orang-orang yang melakukan dosa besar) untuk mengeluarkan mereka dari neraka.

Ketiga: Para malaikat berdo'a dan memintakan ampunan bagi penduduk bumi.

Keempat: Allah SWT mengeluarkan orang yang belum pernah melakukan sebarang kebaikan dari neraka kerana semata kemurahan dan rahmatNya. Ini bermakna mereka mengambil manfaat daripada selain amalan mereka.

Kelima: Kanak-kanak orang mukmin memasuki Syurga dengan amalan bapa mereka. 

Keenam: Dalam surah al-Kahfi, dua anak yatim mengambil manfaat daripada amalan bapa mereka yang soleh.

Ketujuh: Mayat mengambil manfaat dengan sedekah yang dibuat untuknya, dengan nas Al-Sunnah dan ijma'.

Kelapan: Haji wajib gugur tuntutan ke atas mayat dengan haji yang dilakukan oleh Walinya untuknya, dengan nas Al-Sunnah.

Kesembilan: Haji nazar atau puasa nazar gugur tuntutan ke atas mayat dengan dilakukan oleh orang lain.

Kesepuluh: Orang yang berhutang, yang Nabi s.a.w. menolak untuk solat ke atas jenazahnya sehingga dibayarkan hutangnya oleh Abu Qotadah r.a., dan dibayarkan hutang lainnya oleh Ali Bin Abi Talib r.a., mengambil manfaat daripada amalan mereka dan daripada solat Nabi s.a.w., yang juga merupakan amalan orang lain.

Dengan huraian ini jelaslah bahawa berhujah dengan ayat tersebut atas tidak sampainya pahala do'a atau bacaan kepada mayat adalah tidak benar, kerana ayat tersebut tidak menunjukkan yang demikian.
Imam Nawawi berkata:
"Sebaiknya, orang yang membaca (Al-Qur'an), selepas selesai membacanya, hendaklah berdo'a: Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan, dan juga disunatkan supaya memuji si mati dan menyebut kebaikan-kebaikannya.

Doalah kpd org tua kita

Dicatat oleh niza22

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah....... 

Khasiat Surah Al-Kautsar

Dicatat oleh niza22



Surah in i disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika bag in da bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelak in ya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah in i dan boleh kita amalkan:-

 

1) Baca surah in i ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah in i dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika ser in g sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah in i sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah in i 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika raj in membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak

bersalah tetapi dizalimi.


Ayat Kursi Menjelang Tidur

Dicatat oleh niza22

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.

Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun

ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W,

dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.

Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan

Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?

"Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah
ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia

tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi :

Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang
pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :

"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."