Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Dicatat oleh niza22

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang
Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan
daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa
atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang
lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda:
“ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Riwayat at-Tirmizi
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati
kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang
yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon),
janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya
hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah
akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan
memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa
serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa
hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara
yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak
akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon
keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan