~~~ MEMBURU TAQWA ~~~

Dicatat oleh niza22

Memburu dunia seperti memburu pangkat, nama, glamor,
jawatan, kekayaan, projek, kemajuan
Side effect negatifnya terlalu banyak
Seperti berlaku hasad dengki, rasuah, jatuh-menjatuhkan, perbalahan,
pergaduhan dan peperangan

Ditambah lagi dengan bertambahnya gejala masyarakat terjadi seperti vandalism,
budaya lepak, ragut, tipu, buli, zina, rogol, krisis dan perbalahan
Di antara yang kita sebutkan tadi tidak pernah melahirkan masyarakat
yang berkasih sayang dan harmoni
Itu menunjukkan apa yang disebutkan tadi bukan itu yang diperintahkan
oleh Allah dalam hidup.

Allah suruh hidup memburu taqwa
Takut kepada-Nya dan cinta kepada-Nya
Hidup mengikut jalan syariat-Nya, barulah Tuhan redha
Bila Tuhan redha, barulah dapat rahmat daripada Tuhan dan berkat dari-Nya
Iaitu aman damai, jauh daripada ketakutan dan kesusahan
Lahirlan hidup masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni
Itulah dia syurga dunia sebelum Syurga di Akhirat.

Itulah juga kebahagiaan dunia sebelum kebahagiaan di Akhirat
Tapi manusia tidak faham bagaimana hendak mencari kebahagiaan di dunia
Kecuali orang yang kenal Tuhan, takut dan cinta kepada-Nya
Faham tentang Tuhan dan menjadikan syariat jalan hidupnya

Itulah jalan bahagia di Akhirat
Tapi Tuhan nyatakan ia berlaku di dunia
Kemudian barulah Tuhan kurniakan di Akhirat
Yang tiada tara dan bandingannya


0 ulasan:

Catat Ulasan