~~~RahmatMu~~~

Dicatat oleh niza22

Dalam meniti hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan,sebagaimana manusia perlu sering bersyukur kepada Ilahi.Menghargai apa yang Allah kurniakan pada kita. Membantu pada yang memerlukan, tidak perlu tamak untuk memilikinya.
Ini semua hanya pinjaman dariNya. Tiada yang kekal di dunia fana ini. Yang pasti kita akan kembali menemuiNya. 

Setiap apa yang kita lakukan perlukan keikhlasan yang terbit dari cahaya pancaran hati. Membantu ke arah kebaikkan dan meringankan bebanan orang lain. Bukan membantu pada yang menginginkan kerosakkan pada insan lain. Ingatlah setiap apa
yang dilakukan kejahatan atau kebaikkan walaupun sebesar zarah pasti akan dihitung nanti. Jangan kerana perbuatan yang kita lakukan merupakan perangkap bagi kita terperangkap ke dalam terowong yang penuh dengan kesukaran dan
mendapat kemurkaan Tuhan.

Ya Tuhanku berilah  aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai,dan masukkanlah aku
dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.(An Naml: 19)

0 ulasan:

Catat Komen