~~~Renungan Bersama~~~

Dicatat oleh niza22

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh
sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan
cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
''Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak

memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati
dan amalan kamu." (HR Muslim)

0 ulasan:

Catat Ulasan