~~~Akhlak Seperti Taman Indah~~~

Dicatat oleh niza22

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan 

dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, 
maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada 
melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu,orang yang
mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. 

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati 
dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya 
dalam kehidupan seharian.Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat
diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan 
indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, 
maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. 

Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, 
berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan 
perangai jahat, tidak ubah seperti muka yang cantik, akan tetapi 
mempunyai kesan guris luka berpanjangan. Akhlak mulia hina lahir
daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi
pendorong menggerakkan perbuatan yang baik atau tercela, dan 
keperibadian  yang  disulami dengan  keimanan  dan  akhlak akan 
menerbitkan pekerti mulia.

Allah SWT berfirman, 
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia 
(karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi 
dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 
(QS. Luqman:18) -- 

0 ulasan:

Catat Komen